Thursday, July 28, 2011

zzzzzzzzzz

ya,blog ini memang lama dah tak bersentuh,tak berseri,tak bermaya,lesu,
sebab owner dia..


Penat sangat T_T


hope everything will be smoother after this,
Ya Allah,permudahkanla segala urusanku .amin

ZZzzzzZZZzzz,saya nak rehat ...

Monday, May 2, 2011

what i feel

being here always for peoples who need you when they are in need doesn't means that they are always being there for you when you need them,

so,do not put a person in your ' priority' list when they just pun you in their 'option' list!


Wednesday, April 27, 2011

through my experience n observations

bila dah makin 'dewasa' ni,terlalu banyak dan macam-macam sangat kisah cinta yang kite dah dengar,serius,pelbagai,jatuh cinta,putus cinta,kecewa dalam bercinta,perkahwinan yang terjalin atas dasar cinta,cinta yang terputus bersambung kembali,dan banyak lagi.


mungkin ramai yang pernah putus cinta,dan beruntunglah seseorang tu kalau dia memang tak pernah ada pengalaman berada dalam zon yang kalau boleh,kau nak emo setiap masa,kalau yang perempuan,duduk dalam bilik,menangis tak ingat dunia,its like the end of the world,sembab2 mata,makan tak nak,apa taknak,duk tengok handphone pun boleh mengalir airmata,dengar pula lagu nak sayu2,sedih2 tahap max!,memang feeling habisss..haa,kalau boleh siapa2 pun taknak get into that moment kaan.


yang lelaki pulak,memang,diorang tak nangis,sebab diorang jenis simpan,tapi dalam tak nangis tuh,jiwa kacau woooooo.hentak kepala kat dinding,lepastu,time tu janganla siapa2 pun nak buat hal,tak pasal-pasal kena maki,eh mamat ni apsal,PMS ke apa,emo semacamm.


mungkin ada juga lah kan yang boleh relax2,cool2,tenang,ada ramai lagi..tapi,walau sekejap,kau mesti frust jugak kaaan.

orang kalau putus cinta ni,hati memang rapuh habis laa,macam gelas pun iya jugak.uuhhhh


apsal kite tiba2 nak cerita pasal putus cintab,baru putus cinta ke apa?eh,takkk,cuma kadang-kadang tengok macam-macam cara seseorang tu nak recover dari 'putus cinta'.memang suffer,memang oohhhhh....'kau tak tahu,aku memang sayang gila kat dia,11 tahun kami bercinta dah,camna tak sedih camni'." kau tak tahu,aku memang tak boleh pisah dengan dia,kitorang memang sayang menyayang,memang tangkap cintan habis la' dan banyak lagi yang kau tak tahu,aku memang tak boleh lupakan dia,banyak sangat kenangan yang kitorang ada,kau apa tahu???haaa,ye,memang aku tak tahu,tapi yang aku cuba nak bagitahu,CUBA la redhakan je,aku dah try la,tak boleh!,why dont u TRY HARDER?.trust me,it u will succeed!YES,u will!

yes,u may feel like u will never forget him/her,and pleaseee,be strong!tak kisahla kau kena makan semut banyak-banyak supaya cepat lupa ke apa,eh,tapi,janganlaaa ;)



bukanlah kate kau tak boleh nangis,kau tak boleh sedih,yes dear,u may do all that.but PLEASEEEEE,dont make it too long k,dont torture yourself for the person that wouldnt appreciate u anymore,or kadang-kadang berpisah ni bukan sebab diri sendiri or pasangan.mungkin sebab family,or mungkin juga sebab memang korang tak dijodohkan bersama.yes,everybody pun akan cakap macam ni,memang dah takda jodoh,kau terima jela,mungkin ada yang lebih baik untuk kau,you deserve better !.kau akan dengar ini dari kawan-kawan kau,atau siapa-siapa saja yang risau tengok kau sedih dan akan nasihatkan kau,then kau baca ni pun,kau macam malas-malas,sebab kau dah tahu ape kite nak cakap,tapi percayalah,kite pun dulu sama jugak,tapi bila sehari ke sehari,kau dengar orang nasihatkan kau benda sama,and as time goes by,sampai suatu masa,kau akan dapat suatu kekuatan baru,untuk kau bangun dari kejatuhan kau tu,dan say YES!ITS OVER,end of book,new book with all new characters pleaseee~bila?sekejap atau lama,semua tu bergantung pada kau! satu hari nanti,bila kau dah mula bangun, and u will feel like all those sad moments yang kau hadapi tu,as an experience for you to learn more and more about life,and seriously,sometimes u will laugh at yourself and regretting of all those silly things that u have made.


tapi kau kena cubalah,like i said,if u ever try,try harder! and u will find someone better outside,berdoa banyak-banyak,DIA lebih mengetahui,tak baik kan kita menyesali takdir,its like kita macam nak salahkan kerja tuhan,sedangkan sebenarnya kita tak tahu apa disebaliknya,
bila kau terlalu sedih ,kau rasa dunia sekeliling kau pun macam kosong,but its actually not! truly not,cause life is really wonderful ~yes,really!



yar,i know im not really good to talk about this LOVE matters,but,what i know is,TRUE LOVE will brings you happiness,if the person just only make u sad,he's/she's just don't deserve to be yours =)

woowww weeee. i talked about LOVE,did i???? :D


Friday, April 15, 2011

sekali sekala kite EMO boleh? @_@

kenapa kalau kita senang sangat nak maafkan orang,lepastu RAMAI orang pun senang nak buat salah dengan kita,sakitkan hati,macam,'eh,kau tak kisah kan',aku pernah buat salah,aku dah cakap,sorry kan,or,tak cakap sorry pun kadang-kadang,lepastu,eh kau okay je kan,takkan nak marah lama-lama,lepastu kite pun macam dah memang lumrah tak payah nak dendam or marah lama-lama (bersihkan hati gitewww),terus say OKAY je,lepastu treat kau macam eh kita tak pernah ada masalah sebelum ni,padahal kau dah sakitkan hati kite macam saaaaaaaaakit saaaaaaangat,macam teruuuuuuuuuk sangat,macam tak hargaiiiiiiiii langsung.tapi kite macam 'hm,okay je,takpe'.pastu kau mcam tak eager nak buat baik,being nice,sebab kau rasa kite macam okay je.kadang-kadang tak faham dengan diri sendiri,kesian kat diri sendiri,tapi tapi tapi,memaafkan tu kan,amalan mulia,atau sebenarnya kite tak ikhlas?? atau sebenarnya,luka tu memang masih ada walaupun sikit-sikit ataaaaaau kite ni senang kena tipu?ataaaaaauu kite dah tak tahu nak fikir atau apa lagi dah O_o



p/s : banyak sangat 'macam'




Monday, April 4, 2011

HEART





HEART is not a thing that you should PLAY with..

Saturday, April 2, 2011

nak satu je

Rasa macam,
ntah ar,
macam-macam dah ni..


nak satu je boleh?
satu yang telus...lepastu cukup.

Thursday, March 17, 2011

keywords : Polymer, solvent,acetone,metal oxide

LAB :
take beakers,measuring cylinders,
unlock cabinet,
take chemicals,
weighing,
mixing,
stirring,
cut aluminium foil,
set up electrospinning,
start spinning,
wait for electrospinning to finish,
turn ON oven,
clean apparatus,
oh,already night,
go back home,



those are basically what i'm doing these few dayssss,everyday~


INTERESTING isnt it!

cepatla siap stage nih T_T


p/s : kalau awak boring baca entry ni,kite pun boring dah buat semua tu.heee :P

Monday, February 28, 2011

even just a little,

There's always a little truth behind every "just kidding",

a little emotion behind every "i don't care,

and a little pain behind every "it's okay".



BETUL,BETUL DAN SANGAT BETUL.kaaaan



p/s : kite rindu awak,hahaa,takla, JUST KIDDING!!

Sunday, February 20, 2011

mana nak pilih

'walau kita dihadapkan,
dengan berbagai pilihan,
mengapa sering terjadi,
pilihan tak menepati,
hingga amat menyakitkan,
menghadapi masa depan,
seolah telah terhapus,
sebuah kehidupan yang tulus


betul kan,selalu je kita tersalah pilih, kite tak tahula kamu orang macam mana,tapi kite selalu juga tersalah pilih sebab bila ada pilihan-pilihah lain,selalu sangat tak tahu nak pilih yang mana satu,even untuk benda-benda yang simple.
contoh yang paling simple,bila banyak sangat kedai makan,sampai tak tahu nak pilih nak makan kat mana,at the end, kite akan tersalah pilih kedai yang tak sedap =_=

ok,itu untuk contoh yang simpe,pernah juga tersalah pilih jalan yang will make changes in life.
sesalan tu memang tak payah cerita,

tapi cara nak pujuk hati sendiri is,mesti ada sesuatu di sebalik semua tu and sebagai pengajaran supaya kite takkan buat lagi benda-benda macamtu and look at the brighter side.

ada juga bila terlalu banyak pilihan sampai kite tak tahu mana satu pilihan yang betul,dan at last,kite buang semua pilihan tu.

lepastu, sekarang ni kan,
kite rasa memang macam tak tahu ape yang kite nak pilih dan kadang-kadang keliru apa yang kita nak cari sebenarnya,

mungkin juga benda yang kite nak cari tu sebenarnya tak perlu,

atau mungkin benda yang kite nak cari tu dah ada depan mata,cuma kite yang tak perasan,

atau benda yang kite nak cari tu takkan beri faedah atau takde kepentingan pun untuk kite.

bila dah keliru, rasa malas dah nak fikir

just go with the flow dan lalui je kehidupan ini tanpa nak fikir,tapi takkan kite hidup dalam dunia ni tanpa ada tujuan dan hala tuju kan.kite perlu fikir betul-betul apa yang kite nak,barulah senang nak capai.banyak benda yang kite nak, cuma macam kite cakap tadi,keliru.yang penting kite nak HAPPY!jalani kehidupan dengan rasa aman,tenteram,bahagia,tanpa perasaan alpa terhadap Yang Maha Esa.

kehidupan ni indah sebenarnya,sangat indah.ALLAH dah ciptakan keindahan dunia ini,tapi ya betul,SYURGA itu lebih indah.mungkin kite hanya perlu mengejar keindahan yang abadi itu.


kalau kamu rasa macam tak faham apa yang kite tulis ni,
sebenarnya kite pun takdelah faham sangat O_o

Friday, February 18, 2011

macam sweet sweet =p

background baru,


HIJAU.POLKADOTS.RIBBONS


macam sweet-sweeeeet takk....?
bila 'twinkle-twinkle little star' jadi sweet
kooonon owner pun boleh jadi sweeet

euuwww :P

pastu sebab sweeet sangat rasa macam nak buka je blog ni ^_^

Tuesday, February 15, 2011

dangg!

lebih baik abaikan je semua tu,
buat macam biasa..

ok,thanks


p/s : tapi bukan senang kann kalau benda tu memang dah stuck dalam kepala..dangg!

Friday, February 4, 2011

heyyaaa,been missing me??hehe :P

.assalamualaikum..heyyaaa..

sudah lama,ya..sudah lama.dah macam hilang mood nak tulis ah.banyak sangat benda dah missed,banyak sangat benda yang happened.masuk tahun baru dah pun kan,its 2011 oh yeahhh!!.wehh.lambat ah kau.

macam biasa ah,bila terlalu banyak nak cerita,last-last takda satu benda pun yang kau cerita kan.sekarang macam suka baca je entry orang,pendapat orang,pandangan & persepsi orang lain.
sekarang ni,banyak benda yang dah berubahh.soo many things yang dah berlaku.to make it simple.get in a point form,hehee

1) my ANGKASA(tak ramai yang tahu apakah ia??).ohh.it my tuition centre!.alhamdulillah,we've been a year babyyyyyyyyy!!anniversary every 1st January.penjelasan lebih lanjut mungkin lain kali.penat lelah semua ada kat situ.dulu kami ber5,tapi sekarang ber3,maka,kerja tu bertambahla banyaknye kann.soo..u can call me miss Erina or teacher Erina.hehee =P


2) oohhh..semakin ramai kawan2 yang dah berumahtangga,especially my besties,kawan study group.Farah dah bertunang,Ulum dah kahwin. TAHNIAH untuk korang,best2!!and im so glad,saya dapat datang majlis korang,walau jauh kat perakk u alll..hehee.Farah dekat je kat Ampang.


3) after such a longggggg time, saya menjejakkan semula kaki ke negeri Indera Kayangan~ PERLIS!! agak jakun sikit sebab dah lama tak pergi sana,walau tak banyak yang berubah,well.what do you expect,tapi mengimbau balik kenangan2 time belajar dulu-dulu,ewwaahhh..walau tak lama,but at least,happy! thanks to marliza,ala n alida =)

4) target nak habiskan masters tahun ni juga! banyak sangat halangan ni,kena banyak doa & usaha! taknak extenddddddddddddddd ;(

5) niat di hati nak rajin2 kan diri exercise,metabolisme dah rendah,makan tak banyak tapi berat cepat naik.haaaaaiihhh...

okla,daaa~

dengar cerita ada orang nak masak lempeng tadi.jom,nak pergi makan.tolong!

Thursday, November 18, 2010

BINTANG!!



i sangat suka pada bintang,sebab bintang terang,sebenarnya bintang ada banyak warna,dari biru,merah,oren,kuning,yang paling panas warna biru,dan yang lain-lain tu makin rendah suhu dia.lepastu bintang ni ada macam-macam saiz,mungkin ada yang masih tak tahu,matahari pun ialah bintang,ada lagi bintang yang lebih besar dari matahari,tapi kenapa kita nampak matahari tu lebih besar dari bintang-bintang lain,sebab matahari ialah bintang yang paling dekat dengan bumi.bintang-bintang yang lain tu nampak kecik-kecik je sebab diorang semua jauuuuuuuuuuuuuuuuhhhh sangat-sangat dari bumi.
(SO,ada sesiapa nak jadi bintang yang paling dekat dengan saya selain matahari,hahah,abaikan)

Oh Bintang..
Paling jauh..
Ku cuba utk mengutipmu
Semalam aku terjatuh..
Kau sambut walau berdegup
Sejuknya malam itu
Musim bunga atau salju
Bertemu..

Oh Bintang..
Paling jauh..
Ku cuba utk mengutipmu
Semalam aku terjatuh..
Kau dakap walaupun halus
Sejuknya di malam itu
Musim bunga atau salju
Bertemu…

Gugurlah bintang
langit terang
di taman sepi mimpiku
Gugurlah bintang
langit terang
di taman sepi mimpiku

Oh Bintang..
Paling jauh..
Ku cuba utk mengutipmu
Semalam aku terjatuh..
Kau sambut walau berdegup
Sejuknya malam itu
Musim bunga atau salju

Gugurlah bintang
langit terang
di taman sepi mimpiku
Gugurlah bintang
langit terang
di taman sepi mimpiku
Lagu bintang…paling terang….di taman sepi mimpiku
Lagu bintang…paling terang….di taman sepi mimpiku
Sepi mimpiku


Wednesday, November 17, 2010

saya ingin jadi sahabat yang baik :)

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.